Jamaludin Darus- Jamaludin D



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
jamaludin-darus.jpg  Nama :  Jamaludin Darus- Jamaludin D
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sastera
 Tempat Lahir :
 Kampong Keladi, Kulim
 Daerah Asal :
 Kulim

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Jamaludin D atau nama sebenar Jamaluddin Darus merupakan seorang penyair yang terkenal. Beliau lahir di Kampong Keladi, Kulim, Kedah pada 19 Julai 1946. Jamaluddin D mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Keladi dari tahun 1953 hingga 1958. Kemudian, pada tahun 1959, Jamaluddin D ke Sekolah Melayu (Lelaki) Kulim. Beliau menamatkan persekolahan menengahnya di Sekolah Sultan Badlishah, Kulim hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965.

Jamuluddin memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara dan kemudian bertugas di Pulau Pinang sebagai pemberita mahkamah. Beliau juga menjalankan kerja penterjemahan, penyuntingan dan menjadi kolumnis “Kisah Sehari” akhbar Warta Negara. Beliau kemudian menjadi Pegawai Kastam di Seberang Prai pada 1967 dan pernah berkhidmat di Kroh, Padang Besar dan Langkawi dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Kastam Kanan dan bersara pada 19 Julai 2001.

Beliau mendambakan sepanjang hayat sebagai penyair dan telah menghasilkan lebih daripada 300 buah puisi yang kebanyakannya bertemakan tentang khazanah alam dan alam sekitar serta merupakan penerima Anugerah Penyair GAPENA. Sebagai penyair hebat puisinya sering tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Utusan Zaman, Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat, Mingguan Timur, Pemimpin dan Pengaman.

Jamaluddin D berjaya menghasilkan 15 buah kumpulan puisi perseorangan antaranya: Jalur-jalur Rindu (1991), Gunung Putih Bunga Benua (1993), Kawah Gelombang (1985), Tangkai-Tangkai Gemuruh (2013) dan Di Padang Ilmu (2014). Sebanyak 158 puisi yang termuat dalam Gunung Putih Bunga Benua, ini merupakan segugus puisi yang dihasilkan ketika beliau bertugas di Butterworth, Kroh, Padang Besar dan Langkawi. Kumpulan puisi Garis Bukan Pemisah pula menghimpun 146 puisi yang dihasilkannya dalam tempoh 1991-1995. Dalam antologi puisi Di Padang Ilmu yang diklasifikasikan sebagai puisi remaja terdapat himpunan 88 buah puisi.

Sebagai penyair Jamaludin telah di anugerahi , Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1989, 1992 and 1999), Hadiah Sastera Perdana Malaysia puisi eceran tahun 2002-2003 and Hadiah Pertama Sayembara Mengarang sempena Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Hadiah Pertama Peraduan Menulis Sajak YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj anjuran Arkib Negara Malaysia (2010) Sempena Hari Puisi Nasional ke-19, Jamaludin D. telah menerima Anugerah Penyair GAPENA. ASASI telah menyampaikan Warkah Penghargaan Pengarang Puisi Kedah Darulaman (2006). Beliau juga di anugerahi Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) Negeri Kedah, 1995.

Jamaludin D. meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 3 April 2014 ketika berumur 68 tahun dan di kebumikan kampong isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kinjang, Chenderiang, Tapah, Perak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman