Hussain Nasir



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
hussain-nasir.jpg  Nama :  Hussain Nasir
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Titi Gajah, Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Hussain Nasir lebih dikenali Tuan Hussain Kedah kelahiran Titi Gajah, Alor Setar pada 2 November 1863. Beliau belajar di pondok datuknya Tuan Haji Muhamad Taib di Titi Gajah. Kemudian Pondok Bendang Daya, Patani belajar dengan Tok Bendang Daya dan Pondok Tok Semela. Meneruskan kembara ilmu ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Melaka, Medan, Perak sebelum kembali ke Titi Gajah, Kedah membantu datuknya mengajar.

Beliau menerus pengajian di Mekah pada tahun 1892 dan belajar dengan ramai ulama besar disana antaranya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Umar Sumbawa, Syeikh Ahmad Umar Bali, Syeikh Ahmad Lingga, Syeikh Wan Ahmad al-Fathani dan yang lain.

Sekembali dari Mekah pada tahun 1896 beliau mengajar di Titi Gajah dan membuka pondok di Alor Ganu 3 tahun dan Bohor 12 tahun. Pada 1912 beliau ke Bagan Ulu atau Pantai Merdeka dengan dibantu menantunya Haji Abdul Ghani selama 8 tahun. Setelah itu beliau buka pondok di Selengkoh, Mukim Sungai Limau selama 4 tahun. Beliau ke kemudian ke Mekah dan bila kembali pada tahun 1924 beliau membuka pondok Padang Lumut kemudian pindah pondoknya ke Pokok Sena, Seberang Perai pada tahun 1929.

Sebagai ilmuan beliau merupakan seorang pengarang kitab yang prolifik dengan menghasil 18 kitab setakat yang dapat di kesan. Antara kitabnya an-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma'rifatillahil `Alimil Khabir, Hidayatul Athfal, dan lain-lain.

Beliau telah berkahwin dengan Zahrah Abdul Wahab dari Pasir Panjang, Setiawan yang kemudiannya meninggal dan kemudiannya berkahwin dengan Wan Khatijah Wan Jusoh. Pada 10 Februari 1936 pada usia 72 tahun beliau meninggal di Padang Lumat dan di kebumikan di Titi Gajah.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman