Dr Mustapha Osman



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
dr-mustapha-osman.png  Nama :  Dr Mustapha Osman
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Perubatan
 Tempat Lahir :
 Kedah
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dr Mustapha bin Osman kelahiran Kedah tahun 19 Januari 1900. Beliau belajar di Penang Free School, Pulau Pinang dan bercita-cita untuk untuk belajar undang-undang di England namun terhalang oleh Perang Dunia Kedua. Maka Kerajaan Negeri Kedah memberi biasiswa untuk menyambung pelajaran di Hong Kong.

Mustapha telah mendaftar masuk ke University of Hong Kong pada tahun 1917 untuk bidang perubatan. Beliau telah lulus tujuh tahun kemudian pada 1924. Setalah lulus beliau bekerja Klinik Universiti di Hospital Awam untuk 6 bulan dalam unit pembedahan dan 6 bulan dalam unit perubatan. Beliau menerima biasiswa Rockefellar untuk membuat pengkhususan dalam bidang pathologi di United Kingdom dan menjadi Pathologis Melayu yang pertama. Beliau kemudian memangku Professor Pathology dan Bacteriology dalam University of Hong Kong serta Professor Pathologi Melayu pertama bila beliau memperolehi ijazah MD pada tahun 1930. Beliau berkahwin dengan Miss Mary Diana Kotwall dari Hong Kong.

Beliau telah kembali untuk mengambil jawatan pathologist dalam di Negeri Kedah, 1930. Ketika berlaku Perang Jepun, 1941 beliau telah bekerja di Kedah dan menjadi sebahagian daripada Biro Pentadbiran Shumuin ( Agama) dibawah Pentadbiran Jepun di Kedah. Pada tahun 1949 beliau menjadi Chief Medical Officer Kedah. Beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan Malaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Menghargai pelbagai peranan tersebut beliau telah di anugerahi Honorary Doctorate of Law oleh University of Hong Kong, 1961. Dalam tahun 1954 beliau juga di anugerahi C.B.E. juga Pingat Kecekapan, 1949 dan Pingat Setia Badlishah.

Dr Mustapha Osman (MBBS, 1924, MD 1930, Hon LLD, 1961) telah bersara padar 1955 dan menjadi pathologist di Pulau Pinang. Dr Mustapha telah kembali ke rahmatullah di Pulau Pinang dalam tahun 1975.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman