Datuk Dr Abu Bakar Ibrahim



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
datuk-dr-abu-bakar-ibrahim.jpg  Nama :  Datuk Dr Abu Bakar Ibrahim
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Perubatan
 Tempat Lahir :
 Sungai Petani
 Daerah Asal :
 Kuala Muda

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Datuk Dr Abu Bakar Ibrahim pernah menjadi Pengarah IMR dan Timbalan Pengarah Kesihatan. Beliau lahir Sungai Petani pada 2 Ogos 1918. Bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid dan melanjut pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward V11, Singapura dan lulus MBBS pada tahun 1950.

Setelah diterima menjadi pegawai perubatan beliau pernah berkhidmat di Hospital Alor Setar dan pernah diberi peluang melawat kemudahan hospital Amerika selama dua bulan 1960. Pada tahun 1961 beliau di pindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kemudian menjadi pengarah IMR yang ke 17 pada tahun 1969. Setelah itubeliau menjadi Timbalan Pengarah Kesihatan (1969-74) hingga bersara pada tahun 1974 dan menyertai isterinya Tan Sri Salma dalam Klinik Salma.

Beliau di anugerahi JSM (1960) dan PSD (1968). Beliau meninggal pada Oktober 1979 akibat serangan jantung pada usia 61 tahun dan telah di kebumikan di Perkuburan Islam Jalan Ampang. Allahyarham meninggalkan balu Tan Sri Dr Salma dengan 4 orang anak dan 5 orang cucu.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman