Dato Zakaria Ahmad Wan Besar
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
Nama : | Dato Zakaria Ahmad Wan Besar | ||
Bidang : |
Sosio Budaya | ||
Disiplin : |
Agama | ||
Tempat Lahir : |
Kampong Jerai, Mukim Kupang | ||
Daerah Asal : |
Yan |
MAKLUMAT TOKOH |
||
Dato Zakaria Ahmad Wan Besar kelahiran Kg Jerai, Mukim Kupang pada 23 Januari 1928. Pada umur 7 tahun beliau ke Mekah. Beliau belajar di Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniyyah di Mekah dan di Masjidil Haram selama 12 tahun. Antara guru beliau Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani al-Makki), Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili al-Makki, Syeikh Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lainKemudian meneruskan pengajian di Al Azhar, Fakulti Usuluddin. Beliau juga di anugerahi Ijazah Sarjana Kehormat oleh UKM. Bidang beliau dalam Tafsir dan Hadis. Sekembali beliau menjadi Mudir Madrasah Al Akhlaq Al Islamiyyah, di Guar Chempedak. Kemudian menjadi penolong guru Mahaad di Johor dan seterusnya di Mahaad Mahmud dan menjadi guru Mahaad Tahfiz al Quran. Dato Zakaria Ahmad Wan Besar juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah.Sebagai ilmuan beliau telah menghasilkan 70 buku agama dalam pelbagi bidang antaranya tajwid dan tafsir, aqidah, tasawuf, hadis, mantiq dan Bahasa Arab. Antara buku beliau Mari Belajar Bahasa Arab, Mutiara Hadis, Perisai Mukmin, Hidayh al Talibin, Aqidah Mukmin dan Pelajaran Ilmu Tajwid. Dato Zakaria telah kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar serta disemadikan di Guar Chempedak. |
||