Dato Syeikh Abdul Halim Othman



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-syeikh-abdul-halim-othman.png  Nama :  Dato Syeikh Abdul Halim Othman
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Tanjung Pauh, Jitra
 Daerah Asal :
 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Sheikh Abd Halim bin Othman kelahiran Tanjung Pauh, Jitra pada 31 Oktober 1910. Beliau mula belajar di Sekolah Melayu Jitra dan mengaji Al Quran dengan Hj Othman serta meneruskan pengajian di Pondok Limbong Kapal, Madrasah al Hamidiyah sebelum ke Al Azhar,Mesir pada 1937.

Mula kerjaya sebagai guru di Madrasah Al Hamidiyah sebelum menjadi Pengetua Maktab Mahmud yang pertama (1937-1954). Beliau kemudiannya dilantik pendaftar sekolah agama (1954-1966) sebelum menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama dan bersara pada tahun 1971.

Beliau aktif dalam pelbagai pertubuhan dakwah termasuk menjadi Pengarah Dakwah Perkim serta terlibat dalam penubuhan Persatuan Ulama Kedah sebelumnya. Sebagai ilmuan beliau menulis buku antaranya 'Prinsip Rumahtangga Bahagia'.

Beliau dianugerahi Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) dan Dato’ Paduka Mahkota Kedah. Tokoh Guru Negeri Kedah tahun 1983 dan meninggal tahun 7 Jun 1997 pada usia 87 akibat serangan jantung.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman