Dato Dr Wan Azmi Ariffin



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-dr-wan-azmi-ariffin.png  Nama :  Dato Dr Wan Azmi Ariffin
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Ekonomi Politik
 Tempat Lahir :
 Kampong Sadu, Sik
 Daerah Asal :
 Sik

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Wan Azmi Ariffin kelahiran Kampong Sadu, Sik mendapat kelulusan Sijil Perguruan, Diploma Perguruan sebelum melanjut pelajaran untuk Sarjana Muda Geografi , USM. Beliau seterusnya ke McGill University of Montreal, Canada untuk Sarjana Pembangunan Ekonomi dan PhD dalam Ekonomi Politik.

Memulakan kerjaya sebagai guru dan mengajar di Sekolah Menengah Alor Janggus dan MRSM (1965-1977) dan menjadi pensyarah universiti (1979-1981) sebelum terlibat aktif dalam politik sehingga menjadi Exco Kedah dan ahli parlimen Sik pada 2004.

Setelah itu beliau menjadi Pengerusi Syarikat MobilityOne yang disenaraikan di London dan kumpulan Raffles College.Sebagai ilmuan beliau telah menjalankan pelbagai kajian termasuklah Kajian Pembangunan Kawasan Tidak Seimbang untuk UNCRD.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 17 Januari 2014 pada usia 69 tahun di Kedah Medical Centre akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru serta meninggalkan seorang balu, Datin Sofiah Rahii Rahim dan tiga anak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Namek, Sik.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman