Dato Dr Omar Din



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
dato-dr-omar-din.png  Nama :  Dato Dr Omar Din
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Perubatan- Radiologi
 Tempat Lahir :
 Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Omar Din lahir di Seberang Perak, Alor Setar pada 19 Disember 1921. Belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid sebelum ke King Edward VII of Medicine, Singapura. Beliau lulus Licentiate in Medicine pada 1949. Menjadi MO di Kedah dan Penang, 1949-52.

Beliau kemudian mendapat biasiswa untuk St Bartholomew's Hospital, London untuk menguasai bidang radiologi. Pada tahun 1955 beliau lulus Diploma in Medical Radiodiagnosis mendapat pengiktirafan Royal College of Surgeon, England serta menjadi pakar radiologis Melayu pertama . Setelah kembali beliau menjadi radiologis untuk Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Seterusnya beliau ke HKL sebagai pakar perunding kanan hinggalah bersara pada tahun 1972 dan menyertai klinik swasta. Beliau juga aktif menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau di anugerahi JMN pada tahun 1964. Dato Dr Omar telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2000 dan meninggalkan balu Datin Sepora Abdul Wahab dan 5 orang anak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman