Dato Dr Mahadzir Mohd Khir



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-dr-mahadzir-mohd-khir.png  Nama :  Dato Dr Mahadzir Mohd Khir
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sejarah
 Tempat Lahir :
 Yan
 Daerah Asal :
 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Dr Mahadzir Mohd Khir kelahiran Yan pada 16 Mei 1945. Beliau belajar di St Micheal, Alor Setar sebelum ke Universti Malaya dan melanjut pelajaran ke University of West Michigan dan University of Chicago sehingga PhD. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru sejarah di Baling sebelum menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah di Universiti Malaya

Ketika di Universiti Malaya beliau menjadi Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya bagi memperjuangkan nasib kakitangan universiti ketika itu.. Beliau banyak menulis rencana di media arus perdana terutama tentang pendidikan di Malaysia. Beliau juga sering dijemput menjadi tetamu dalam rancangan temubual di radio dan televisyen..

Beliau kemudian menceburi politik menjadi ahli parlimen Sungai Petani selama dua penggal pada 1999 dan 2004. dan di lantik Setiausaha Parlimen dan seterusnya Timbalan Menteri Pendidikan. Sebagai ilmuan beliau banyak mengkaji sejarah dan politik orang Melayu. Antara buku beliau" Kuasa Melayu: Suatu Analisa Peralihan." dan " Sejarah Politik Melayu."

Beliau meninggal pada 5.September 2012 pada usia 67 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan jantung dan meninggalkan isteri Datin Dr Amla Mohd Salleh dan tiga anak lelaki serta seorang cucu perempuan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman