Dato’ Dr Abdul Aziz Hanafi



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-dr-abdul-aziz-hanafi2.png  Nama :  Dato’ Dr Abdul Aziz Hanafi
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kodiang, Kubang Pasu
 Daerah Asal :
 Kubang Pasu

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Prof Madya Dato’ Dr Abd Aziz Hanafi seorang ulama yang pernah di anugerahi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2011. Beliau dilahirkan pada 28 Julai 1948 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis.

Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya dan Diploma Pendidikan. Seterunya ke Universiti Al-Azhar belajar bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984 dan lulus Sarjana Muda dan Sarjana Syariah dan Undang-undang serta PhD dalam Perundangan Islam (Ekonomi Islam) dari Universiti Al Azhar.

Beliau kemudian menjadi Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah. Sebelumnya pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Brunei Darussalam sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.

Dr. Abdul Aziz Hanafi juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) dan pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah pada 20 Januari 2010 dan anugerah Tokoh Pendakwah Maulidur Rasul tahun 2016.

Beliau merupakan tokoh Ulama Ahli Sunnah yang disegani dan terkenal bersuara lantang menentang Syiah. Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam. Dr. Abdul Aziz Hanafi antara yang sangat berjasa dalam siri penjelasan terhadap bahaya syiah khususnya di negeri Kedah.

Dato’ Dr Abdul Aziz Hanafi telah meninggal dunia pada hari ini, 6 Jun 2016, pada usia 68 tahun akibat komplikasi buah pinggang dan meninggal isteri Datin Khuzaimah Idris dan tiga orang anak serta empat cucu. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al Muttaqin Bandar Darulaman dan disemadikan di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena. Kedah.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman