Dato Haji Abdul Rahman Abdullah



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-haji-abdul-rahman-abdullah.jpg  Nama :  Dato Haji Abdul Rahman Abdullah
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Alor Ibus, Alor Setar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Haji Abdul Rahman bin Abdullah atau terkenal Haji Abdul Rahman Merbok lahir pada tahun 1899 di Tebengau, Kampong Alor Ibus, Alor Setar. Beliau mula mengaji dengan bapanya dan Haji Muhammad Arif di Sungai Nonang sebelum ke Madrasah Al Mahsyur, Pulau Pinang, 1916 sebelum ke Madrasah Tuan Hussain Nasir, Teluk Nipah, Pantai Merdeka selama tiga tahun.

Pada tahun 1918 beliau ke Mekah menuntut dari ramai ulama besar di sana antaranya Sheikh Othman Sarawak, Abdul Kadir Mendahiling, Sheikh Umar Bajunid, Tuan Mufti Hambali, Sheikh Ali Maliki dan Sheikh Salleh Bikri disamping Tuan Guru Pak Pak Muda Ismail dan Pak Wan Daud berasal dari Patani. Sekembali beliau buka Madrasah Saadatul Daroin pada tahun 1927 yang menjadi terkenal di Semenajung dan Sumatra dan Riau dan kemudiannya menjadi Sek Men Agama dan kini Maktab Mahmud,Merbok.

Beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama dan pernah menjadi YDP Persatuan Ulama Kedah, menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri dan Ahli Majlis Mengangkat Raja serta dianugerahi gelaran Dato Mursyid Diraja. Beliau juga aktif dalam Persatuan Ulama Kedah dan pernah menjadi jawatankuasa dan Yang Di Pertuanuya (1948-1957). Beliau pernah mendapat pengiktirafan Tokoh Guru tahun 1982 disamping pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Pingat Pagkuan Negara (PPN), 1964 dan Jaksa Pendamai (J.P.). Beliau kembali kerahmatullah pada 1986.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman