Dato Abdul Rahman Ahmad- A. Rahmad



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-abdul-rahman-ahmad-a-rahmad.jpg  Nama :  Dato Abdul Rahman Ahmad- A. Rahmad
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sastera
 Tempat Lahir :
 Kampung Banggol Besi, Pendang
 Daerah Asal :
 Pendang

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
A.Rahmad atau nama sebenar Dato Abdul Rahman Ahmad kelahiran Kampung Banggol Besi, Pendang pada tahun 11 Februari 1951 merupakan seorang sasterawan yang memberi tumpuan dalam cerpen, puisi dan novel. Penulisan beliau mengajak khalayaknya berfikiran glokal serta memiliki kemahiran berfikiran secara lateral. Beliau menggunakan pengalaman lawatan serata dunia dan pelajaran dari sejarah untuk di kongsi dengan pembaca serta telah di anugerahi sebagai Tokoh Bahasa dan Sastera Negeri Kedah, 2011

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, 1958 seterusnya ke Sekolah Menengah Pendang, 1964 dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dan kemudian bersama Persatuan Belia Bimbingan Alor Setar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan lulus Sarjan Muda Sastera, 1974.

Mula bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Menengah St Nicholas dan Maktab Mahmud sebelum menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan sebelum bertukar ke Pegawai Pekhidmatan Negeri Kedah sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Pendang dan Kota Setar. Menjadi Penolong Pegawai Daerah Pendang serta menjawat pelbagai jawatan di Pejabat SUK Negeri termasuklah sebagai Setiaushaa Dewan, Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Setiausaha Menteri Besar. Beliau juga pernah menjadi Yang Di Pertuan Majlis Perbandaran Sungai Petani, 2003-2005, Pegawai Daerah Sik dan Kota Setar.

Beliau merupakan seorang penulis cerpen, puisi dan novel. Sejumlah 31 judul karya beliau dikesan. Antara novel beliau Lutfiah, Mahsuri Mashor dan Kongkeak. Antologi puisi Sarwajagat, Samudera. Antologi Cerpen antaranya Al Iman Atas Nama Allah.

Dalam novel Mahsuri Mashor, A. Rahmad telah meminjam lagenda Mahsuri untuk mencipta mitos moden diawal abad 21 dengan cara menjalin silaturahim dua keluarga Melayu yang terpisah oleh geopolitik dan sejarah antara Langkawi dan Kampong Kemala di Phuket. Beliau telah menulis 5 novel anatara Canang, 1984, Najung Petayu, 1991 dan Mahsuri Mahsor, 1997, Lutfiah,2003 serta Kongkeak, 2000 dan 7 antologi cerpen dan sebuah buku sastera

Beliau di anuegarahi Tokoh Bahasa dan Sastera Negeri Kedah, 2011. Juga Tokoh Perpustakaan Desa dan Tokoh Perpustakaan Negeri Kedah. Beliau pingat dan darjah antaranya Bintang Cemerlang kedah, Ahli Mahkota Kedah, Setia Diraja Kedah dan Dato Setia Diraja Kedah. Beliau juga menerima Anugerah Hadiah Novel GAPENA, Hadiah Cerpen Maybank-DBP,1992; Hadiah Cerpen, Utusan Melayu-Public Bank, 1993 dan Hadiah Sastera Perdana, 2000/1.

A Rahmad telah kembali ke rahmatullah pada 2.9.2011 di Kampong Alor Belat ketika beliau masih menjadi Pegawai Daerah Kota Setar akibat kencing manis dan meninggalkan isteri Datin Halimah Ismail dan tiga orang anaknya.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman