Azmi Khalid



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
azmi-khalid.png  Nama :  Azmi Khalid
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Undang-undang
 Tempat Lahir :
 Sungai Petani
 Daerah Asal :
 Kuala Muda

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Azmi Khalid lahir di Sungai Petani pada 29 Oktober 1949. Beliau mula sekolah di Tanquerah English School dan Kolej Sultan Abdul Hamid dan Victoria Institution. Beliau melanjut pelajaran ke London School of Economic dan School of Oriental and African Studies, London untuk pengajian undang-undang.

Pada tahun 1974 beliau menyertai Universiti Malaya mengajar Undang-undang Antarabangsa dan Perlembagaan sehingga dilantik Timbalan Dekan pada tahun (1980-1983) dan (1986-1988). Beliau mengajar Undang-undang Awam Antarabangsa dan Perlembagaan. Dalam tahun 1978 beliau menyertai ALIRAN memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Beliau banyak menyumbang penulisan dalam majalah Aliran. Pada tahun 1987 dan 1988 ketika Operasi Lalang, Azmi terlibat dalam permohonan habeas corpus keatas tahanan ISA.

Beliau sakit ketika ber sabatikal di Human Ringkats Internet di Havard University, Massachuset. dan dibedah disana kemudian di rawat di Australia dan meninggal disana pada 22 Mei 1992. Sebagai mengenang jasa penjuang Hak Asasi Manusia ini diterbit buku "A Tribute to Azmi Khalid" oleh Dr Chandra Mudzafar yang mengandungi 22 rencana ditulis Azmi sendiri. Beliau meninggal seorang balu Puan Rohana Yusof dan dua orang anak Alina dan Rizal.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman