Abdullah Abbas Nasution



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
abdullah-abbas.png  Nama :  Abdullah Abbas Nasution
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Langgar
 Daerah Asal :
 Kota Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Haji Abdullah Abbas Nasution tokoh ulama Kedah kelahiran Langgar, Kedah pada 1 Mac 1912. Beliau mendapat pendidikan awal dari bapanya dan ke Sekolah Melayu Langgar pada 1920. Beliau menyambung pengajian pondok di Pulau Pinang dan Jitra. Pada tahun 1928 beliau ke Pondok Tok Kenali, Maahad Muhamadi , Kota Bharu dan seterusnya ke pondok Ahmadiyah Benut Payong hingga tahun 1940.

Kemudian ke Pondok Pulau Pisang, Jitra sebagai guru dan ke Pondok Haji Muhsin, Titi Besi, Kepala Batas. Pada akhir tahun 1940, beliau membuka Madrasah Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah di Tanjung Pauh, Jitra. Madrasah ini menyediakan matapelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris telah menghasil 4000 pelajar antara 1940-1967.

Beliau juga bergerak aktif dalam persatuan ulamak serta menjadi salah seorang penaja penubuhan Persatuan Ulamak Kedah (PUK) dan dilantik sebagai Setiausaha Penaja dan kemudiannya Setiausaha Kehormat Persatuan Ulamak Kedah.

Sebagai ilmuan di samping mengajar beliau juga telah terlibat penulisan. Pada tahun 1933, Haji Abdullah mula berlatih menjadi penulis sambilan di akhbar dengan menggunakan nama samaran A.A. Pilpisani, AAN dan lbnil Arabi. Tulisannya yang sering menyentuh persoalan agama itu kerap tersiar dalam akhbar Saudara, Warta Malaya di Singapura dan Sahabat di Pulau Pinang. Beliau juga berita biasa untuk akhbar.

Beliau juga menterjemah kitab agama daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Kitab terjemahan beliau antaranya Tarbiah Al-ljtimaiah (Hal Ehwal Kemasyarakatan), Tarbiah Al-Wataniah (Sains Politik Mesir) dan berapa kitab lain. Beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab seperti Sejarah Melayu Raya yang mencatatkan sejarah orang Melayu dari zaman Sri Vijaya dan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pada tahun 1940, Haji Abdullah Abbas Nasution memulakan kerja menterjemah al-Quran al-Karim yang dicetak pada tahun 1959. Beliau juga telah menulis huraian tafsir al-Quran yang dapat disiapkannya dalam tempoh lapan tahun. Secara keseluruhan, sejak tahun 1933 hingga 1980, Haji Abdullah Abbas Nasution telah menulis dan menterjemah kira-kira 100 buah kitab dan risalah .

Haji Abdullah Abbas Nasution telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Januari 1987 dalam usia 78 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman