Dato’ Ibrahim Hussain



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
ibrahim-hussein.jpg  Nama :  Dato’ Ibrahim Hussain
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Seni
 Tempat Lahir :
 Sungai Limau, Yan, Kedah
 Daerah Asal :
 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato’ Ibrahim Hussain merupakan seorang pelukis yang tersohor yang di isytihar sebagai Tokoh Melayu Terbilang di tahun 2007. Beliau dikenali sebagi Ib telah hilang penglihatan dalam mata kanannya ketika berumur lapan tahun. Sebagai pelukis beliau telah membangunkan medium sendiri yang dinamakan sebagai printage yang mengabungkan cetakan dan kolaj.

Dato Ibrahim di lahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato' Ibrahim Hussein menyambung pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Kemudian beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England dan memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari tahun 1959 hingga tahun 1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya di Royal Academy Schools, London selama 3 tahun. Pada sekitar tahun 1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya.

Dato Ibrahim telah mendamba setengah abad usianya untuk merakamkan jiwa seni keatas kanvas. Demi berkongsi seninya dengan masyarakat beliau telah mengasas Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussain , Langkawi dan menjadi penganjur julung kalinya Langkawi International Art Festival, 2000. Sebelumnya beliau telah terlibat dalam pelbagai pemeran antarabangsa; pameran solo yang pertama di John Whibley Gallery, London (1963), pameran kedua di Gallerie Internationale, New York (1965), pameran di Galeri Seni Takashima, Tokyo (1989), pameran di Galeri Seni Takashima, Osaka (1989), pameran di Museo National de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991) dan pameran di Forum Ekonomi Sedunia di Switzerland (1994)

Bagi mengiktirafkan kecemerlangan beliau di peringkat negara dan antarabangsa, Dato' Ibrahim Hussein telah dianugerahkan 'Crystal Award World Economic Forum', Switzerland pada 1997, Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996 yang membawa gelaran Dato' , 'Order of Bernado O' Hinggings, Chile' pada tahun 1995, Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak pada tahun 1991 dan 'Order of Andres Bello Venezuela' pada tahun 1993.

Balai Seni Lukis Negara telah memberi penghormatan kepada Dato Ibrahim melalui pameran Retrospective yang antaranya lukisan Reclining Figure (1957In 1970). Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama untuk menyertai pameran 35th Venice Biennale, dibawah naungan Smithsonian Institution. Lukisan pada beliau merupakan suatu anugerah Illahi, yang merakamkan “ doa, untuk menyatakan syukur kepada Tuhan”.

Dato Ibrahim berkahwin dengan Datin Sim dan memiliki seorang anak Alia. Dia telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2009, di Kuala Lumpur ketika berumur 73 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman