Datuk Abdullah Hussain



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
abdullah-hussain3.jpg  Nama :  Datuk Abdullah Hussain
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Sastera
 Tempat Lahir :
 Sungai Limau Dalam, Yan
 Daerah Asal :
 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Abdullah Hussain penerima Anugerah Sasterawan Negara merupakan seorang penulis dan novelis hebat dilahirkan 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan. Beliau merupakan abang kepada dua lagi tokoh ilmuan berasal dari Yan, ia itu Ismail dan Ibrahim. Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan pada tahun 1926-1931 dan Sekolah Menengah St. Micheal (1932-1933) dan di Anglo Chinese, Alor Setar. Semasa pendudukan Jepun beliau belajar di Syonan Kao Kunrenzo.

Beliau telah melakukan pelbagai kerja termasuklah menjadi penolong penjaga stor di lombong bijih di Pahang, menjadi kerani dan tukang dobi di kem tentera Sungai Petani sebelum perang. Namun pendedahan beliau pada dunia penerbitan dan penulisan bermula sekitar tahun 1939 apabila beliau bekerja dengan syarikat surat khabar Sahabat di Pulau Pinang.

Setelah itu beliau terus mengasahkan kemahiran menulisnya melalui kerja penerbitan, penulisan dan penyuntingan. Pada tahun 1940 beliau menjadi pembantu pengarang akhbar Saudara. Kemudian beliau menjadi wartawan suratkahbar Merdeka, Berita Indonesia dan Majalah Merdeka, Singapura. Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem dan akhar Semenajung. Beliau juga bekerja sebagai pembantu pengarang Franklin Book Programme dan Oxford University Press (1965-1968). Editorr majalah Angkatan Baru (1965-1968). Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka) ; Ketua Unit Bahasa dan Sastera, DBP cawangan Sabah (1978 - 1979); Ahli Cipta Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1979 - 1981) ; Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP Brunei (1982) dan Pegawai Bahasa Kanan DBP Brunei. Akhirnya beliau menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah telah menghasilkan 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi. Nama pena beliau ialah Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.

Novel beliau pertama di terbitkan pada tahun 1941, Dia... Kekasihku. Novel kontoversi beliau yang dijadi teks sekolah Interlok diterbitkan tahun 1971. Beliau juga menulis drama, essei, autobiografi, biografi, terjemahan dan 6 buah buku umum. Anak Yan ini telah memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat melalui hasil penulisan yang telah menuburkan khazanah negara.

Bagi menghargai sumbangan ilmuan ini , Abdullah Hussain telah dianugerai S.E.A Write Award di Bangkok (1981) (pemenang pertama hadiah Sayembara Novel Nasional); Hadiah Pertama Novel Nasional anjuran Syarikat Utusan Malaysia dan Public Bank pada tahun 1992/94 menerusi novel Imam ; Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh pada tahun 1995 ; Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 ; Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) (1996) yang membawa gelaran Dato'. Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 31 Disember 2014 di Petaling Jaya ketika berumur 94 tahun.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman