Tan Sri Dr Johari bin Daud



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
tansrijoharidaud.jpg  Nama :  Tan Sri Dr Johari bin Daud
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Perubatan Veterinar
 Tempat Lahir :
 Negeri Kedah
 Daerah Asal :
 N/A

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Dr Johari bin Daud merupakan anak watan pertama selepas Merdeka tahun 1957 menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar yang mengambil alih daripada pegawai British. Sebelumnya beliau menjadi profesional veterinar Melayu pertama menjadi Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah (1952-1957). Beliau telah dilahirkan pada 20 Oktober 1918.

Mendapat pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid. Dengan bantuan biasiswa Negeri Kedah beliau telah melanjutkan pelajaran ke Glasgow Veterinary College dan kemudian ke Edinburg University , Scotland untuk mendapatkan kelulusan MRCVS.

Sekembali beliau ke tanah air pada tahun 1947 beliau mula berkhidmat sementara di ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Kuala Lumpur dan kemudian ditugaskan di pelbagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri termasuklah Negeri Sembilan dan Melaka. Pada tahun 1948-1951 beliau menjadi Pegawai Veterinar Negeri Kelantan dan di susuli pula sebagai Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan Perlis (1951-1956). Pada hujung tahun 1956 beliau melanjutkan pelajaran ke UK dan kembali bertugas di ibupejabat. Beliau memangku jawatan Timbalan Pengarah selama 6 bulan dan mengambil ahli daripada Pengarah British terakhir dalam Perkhidmatan Veterinar Mr C.C. Renwick, DTVM, MRCVS. Setelah pegawai British meninggalkan Malaya, Dr Johari diamanahkan untuk menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar yang pertama selepas Merdeka tahun 1957-1973. Beliau banyak membantu Perdana Menteri ketika itu dalam usaha pembangunan luar bandar terutama dalam bidang ternakan demi menjamin rakyat dalam negara baru merdeka mendapat bekalan makanan protein yang cukup dan bermutu.

Setelah bersara daripada perkhidmatan awam beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurusi Pernas Edar dan Ketua Ekskutif Unit Perkhidmatan Pengembangan. Beliau juga aktif dalam pelbagai bidang profesional dan menjadi presiden pertama Association of veterinary Surgeon Malaysia disamping menjadi ahli Glasgow International Club, Scotland 1942, Royal College of veterinary Surgeon, UK dan Persatuan Sains Malaysia, Institut Pengurusan Personel Malaysia serta pelbagai kegiatan lain tempatan dan antarabangsa. Beliau bertanggungjawab untuk melantik Tuanku Abdul Rahman sebagai penaung Persatuan Doktor Veterinar ketika itu.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan bakti Tan Sri Johari beliau telah di anugerahi pelbagai darjah kebesaran antaranya Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K), Setia Mahkota Kedah (S.M.K.), Dato Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) , (D.J.M.K) oleh Sultan Kedah dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Agong atas khidmat baktinya selama 27 tahun perkhidmatan serta meletakkan asas sebuah perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman