Tan Sri Dr Salma binti Ismail



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Ikhtisas

     
tansrisalmaismail.jpg  Nama :  Tan Sri Dr Salma binti Ismail
 Bidang :
 Ikhtisas
 Disiplin :
 Perubatan
 Tempat Lahir :
 Kancut, Alor Setar, Kedah
 Daerah Asal :
 Alor Setar

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Dr. Salma Ismail merupakan wanita Melayu pertama yang lulus dalam bidang perubatan. Beliau dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Kancut, Alor Star, Kedah dan mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School atau kini dikenali Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan itu beliau telah melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949. Setelah bekerja beliau juga melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland dalam bidang Obstetrics.

Pelajarannya tergendala seketika semasa pendudukan Jepun. Ketika itu dia menjadi doktor pelatih di Hospital Alor Setar. Setelah lulus dia memulakan kerja sebagai Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur, diikuti sebagai Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960) dan Negeri Selangor (1961-1967. Setelah berkhidmat selama 18 tahun, belia membuka klinik persendirian di Jalan Hale Kampong Bahru Kuala Lumpur (1967) dan menjadi Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd serta Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.

Disamping aktif dalam bidang perubatan, Tan Sri Salma bergiat aktif dalam pelbagai badan bukan kerajaan termasuklah menjadi Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah, Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah, Ahli Majlis Pelajaran Tinggi, Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976) malah Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society.

Tan Sri Salma telah mendiri rumah tangga dengan Dato Dr Abu Bakar Ibrahim, Pengarah IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) dan dikurniakan empat orang anak. Anak mereka Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, En Ezani, Dr Normi dan Allahyarhamah Rosina dimana dua darinya juga mengikut jejak langkah mereka. Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang perubatan, beliau elah dianugerahi Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1957, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada 1996 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.

Untuk menghargai ketokohan beliau sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya, pada tahun 2014 beliau di anugerahi Tokoh Melayu Wanita Terbilang oleh UMNO. Tan Sri Dr. Salma telah mencipta sejarah emas bagi gendernya. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2014 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman