Tan Sri Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
tansriabdulhamid.jpg  Nama :  Tan Sri Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman
 Bidang :
 Sosio Budaya
 Disiplin :
 Agama
 Tempat Lahir :
 Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah
 Daerah Asal :
 Sik

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik hingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya beliau belajar di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954 dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam. Beliau kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ke University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D.

Tan Sri Abdul Hamid memiliki kerjaya cemerlang bermula sebagai guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang dan Kolej Islam Kelang (1970-1971). Setelah itu beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977) dan kemudiannya Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984). Dalam perkhidmatan awam beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarah Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri .

Beliau seterusnyaa menceburi bidang politik dengan menjadi ahli parlimen ditahun 1990 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri dan Menteri ditahun 1995 di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri. Beliau aktif sebagai Pengerusi Koperasi Muslimin, Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad dan Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sebagai mengenang bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri.

Kehebatan Tan Sri Hamid terletak kepada kemampuannya untuk menjelaskan perkara yang kompleks dalam agama secara mudah.
Pandangan beliau banyak mempengaruhi pelbagai dasar penerapan nilai Islam di Malaysian. Ini merupakan ilmuan yang membuktikan kehebatannya melalui impak nyata kedalam masyarakat. Anak Kpg Kemelong, Sik ini telah kembali ke rahmatullah pada 23.12.2011 pada umur 72 tahun di pejabatnya di Maju Junction, Kuala Lumpur.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman